080608 satu nombor keramat buat aku,towkey kedai call.”encik masri,u punya motor sudah siap,boleh datang angkat”.Aduh,dah la call pagi pagi.ada lagi 5 jam nak menunggu waktu balik.Aku pun lepas tu kerja pun dah macam orang tak betul,asyik asyik tengok jam,bila la nak pukul 5 ni.Macam nak ponteng pun ada.hahaha sabar sabar.
Tepat jam 430 petang kaki dah ready kat starter motor EX5 aku,hahaha,cabut gak setengah jam,jangan ler sesiapa call aku kejap lagi
Terus bergegas balik rumah,sampai je di rumah tengok kelibat isteri aku takde.Hmm ,ini boleh menimbulkan marah,hahaha dah tak sabar dah ni
Terdengar deruman engine kereta,apa lagi aku terus melompat masuk dan terus memecut ke kedai motor.
Sampai je terus aku masuk ke dalam kedai,huyoo cantik la ni Kawasaki Kips ni,no pun agak nice la, WRK5953 warna merah,dengan kesan baru lepas polish.Uih mengerlip.Lip Lap Lip Lap,anak mami.
Tanpa aku sedari kehidupan aku akan berubah selepas tu dari nama aku yang macam pure orang jawa ke nama nick aku sejak dari sekolah menengah iaitu ‘AZZO’
Perjalanan balik dari kedai motor memang agak kekok,manakan tidak sejak dari remaja aku cuma ada motor jenis cub je.Yamaha 80,Yamaha 100,Yamaha 125z,LC 135,EX5.Ops sorry bukan motor aku,semua motor mak aku,aku macam punyakan saja jer.hahaha
Sampai je rumah terasa sakit sangat lengan ngan pergelangan tangan aku,hmm,macam mana la budak budak dalam forum Malaysian Bikers Community cakap bawak motor ni sedap,menongeng semacam je.
Satu satu aku teliti,besarnyer rantai ngan spoket dia,macam superbike,aku beli superbike ke nih,hehehe,aku gelak sendiri.Dengan tayar depan belakang besar,tapi pelik,apasal la Kawasaki bagi motor full fairing dah macam Motogp tapi tayar pakai tiub?pelik pelik..Yelah aku dulu paling besar pun tayar sotong menjadi kegemaran
Aku teliti lagi,ohh lawa gak stripe dia,siap ada shuriken kat stiker dia,ohh nama pun Kawasaki Ninja,mesti ada shuriken ni,boleh buat baling baling.Paling tak boleh tahan sticker dekat belakang” RR,super real sport”dah la super,real lagi.Macam betul betul nak bagi orang percaya yang motor ni laju.hahaha
Malam tu aku sarung seluar baju,pakai helmet free kedai,open face KHI lagi,pakai selipar.Ingat nak test la motor ni jalan jalan nak kasi biasa.
Arah dituju jalan ke Putrajaya,haha, ada straight road,mungkin boleh test top speed dia.Keluar je simpang Taman Equine aku mula memulas throttle,huyoo ,kagum lepas je 7000rpm macam terasa pickup dia mencanak.Ada VTec ke motor ni?
Aku pun mula terasa nak pulas dengan lebih ganas lagi,sekali tengok meter kelajuan,mak aii 210kmh.betul ke ni?Terus naik takut aku,aku lepaskan throttle dengan mengejut,tiba tiba motor aku berjoget inang,bergoyang goyang.Eh apasal macam takde grip.Nasib dengan kepakaran aku selama hampir hampir 10 tahun jadi mat rempit aku praktikan.Cuba perlahan kan motor dengan sebaik mungkin,tapi makin bergoyang.Dalam hati mula terbayang isteri aku yang tengah mengandungkan anak pertama kami.Apsal taknak berhenti goyang motor ni……habis la aku…
4 comments:
10 tahun jd rempit..huhh..lame btol tu...
hahaha,lama tak lama la
la anti climak la cite... mana smbgnan nye....
hahaha aq pon mcm nk cerie bende yang same..mcm xpenah nk percaye klw moto yang standart gaban bole dapat sampai 210kmh...e2 pon rider maen2 je..klw btol2,,jarom meter lbeh dpd kmh..dahsyat sunggoh pukulan kawasaki...huhuhu
Post a Comment