Nasib aku dapat mengawal gelekan cik kiah ni,dalam hati terasa betapa kuatnyer power kips ni.2 power valve katakan,hahaha,ambik obat.
Terus aku memacu kips balik kerumah,hmm apa nak buat lagi yer.Online Malaysian Bikers Community ni pun syok jugak yer.
Bila aku online,aku tengok ramai rupanya warga warga kips kat luar sana.Banyak jugak aktiviti,ada main trek,mss.Tapi semua macam main main sendiri je,takde group
Hmm,best jugak kalau ada group yer.Aku tengok dalam forum tu ramai jugak yang aktif,macam luminescence 69 dan chokey.Ajak dorang pi lepak lepak minum minum pun ok jugak ni
Pm berbalas pm.Tempat pertama perjumpaan di RJ Junction dekat depan Sg Ramal Luar,Kajang.Sekali berjumpa dah macam dah berkawan dekat 10 tahun terasa.Kepala semua ngam,memang syok.Timbul cita cita macam mana kalau lepak lepak minum ni ramai yang join?
Cerita cerita TTS ni makin hangat diperkatakan dalam forum Malaysian Bikers Community,tempat tts mula bertukar ke Haji Tapah Tmn Equine,mula mula aku,Lumin,Chokey.Kemudian datang Ali Weng diikuti Kipas,Skido,Koboi
Hmm dah ramai dah korum,setiap minggu boleh dikatakan bertts hampir hari hari,pantang dekat je pukul 4 petang mesti ada sms masuk ajak tts.Hahaha,apalagi lepak la.
Bercerita punya bercerita timbul pulak minat kearah cornering.Mula kenal dengan Arwah Kurt,Iskandar Zulkarnain,Where dan Nerd.Semua nama nama tersohor dalam MSS(Malaysian Super Series)
Dah dekat dekat tarikh MSS Motogp ni,aku mencadangkan kita semua pegi tengok.Yelah kan ada model kips yang menyertai.Mesti nak tahu power tak power motor ni.Jadi cari dan cari rupa rupanye Malaysian Bikers Community(MBC) ada buat ride ke SIC
Jadi kami semua menunggu tarikh ride kesana..Hahaha..tak sabar nih


